Masa untuk dikemas kini. Pelayar anda tidak lagi disokong pada Garmin Connect. Kami mengesyorkan supaya anda mengemas kini kepada versi terbaru bagi salah satu pelayar yang serasi...

Cara Menggunakan Garmin Connect

Anda boleh menggunakan kebanyakan ciri dalam akaun Garmin Connect anda serta-merta. Tetapi, kadang kala agak menyeronokkan untuk menggali dengan lebih mendalam dan memastikan anda tidak ketinggalan apa-apa. Kami telah mengumpulkan petua kami mengikut ciri untuk memudahkan anda menjelajah.

Mari Bermula

Apakah peranti yang berfungsi pada Garmin Connect?
Semua peranti kecergasan, kesejahteraan dan golf Garmin adalah serasi dengan Garmin Connect. Walaupun peranti Fitbit® tidak disokong, anda boleh mengimport secara manual sesetengah data Fitbit.
Apakah sistem pengendalian dan pelayar yang disokong oleh Garmin Connect?
Garmin Connect diuji pada sistem pengendalian Macintosh dan Windows dan menyokong pelayar ini:
• Chrome
• Microsoft Edge
• Internet Explorer 11+
• Safari 6+
• Firefox
Sistem pengendalian, pelayar dan versi lain mungkin berfungsi tetapi tidak disokong sepenuhnya.
Bagaimana saya segerakkan?
Peranti berlainan boleh disegerakkan dengan Garmin Connect dalam cara yang berbeza. Kebanyakan peranti menggunakan Garmin Express untuk memuat naik data menggunakan komputer anda atau Garmin Connect Mobile untuk memuat naik data menggunakan telefon pintar anda. vívofit – Tekan dan tahan butang pada vívofit anda sehingga anda melihat SYNC pada skrin peranti, kemudian lepaskan butang tersebut. Berada dekat pada komputer atau telefon anda semasa penyegerakan. Kebanyakan orang akan membuat penyegerakan sekurang-kurangnya sekali sehari. Jika anda telah membuka laman web Garmin Connect di komputer anda, muat semula halaman tersebut untuk melihat maklumat baru anda. vívosmart - Selepas anda memasang masuk vívosmart ke komputer anda, tekan dengan kuat dan tahan skrin vívosmart sehingga anda melihat simbol USB. Atau, jika anda telah menggunakan aplikasi Garmin Connect Mobile untuk memasangkan peranti dengan telefon serasi anda, vívosmart akan menyegerak secara automatik sepanjang hari. Jika anda mahu menyegerak dengan telefon anda secara manual, hanya tekan dan tahan skrin vívosmart, kemudian pilih ikon segerak (anak panah). vívoki – Lalui dalam julat klien akses wayarles vívohub untuk memindahkan data anda atau pasangkan peranti dengan aplikasi Garmin Connect Mobile pada telefon serasi anda. Peranti USB – Sambung kabel USB ke peranti anda dan pasangkannya ke dalam komputer anda. Peranti Wayarles ANT – Pasangkan ANT Stick ke dalam komputer anda, hidupkan peranti anda dan Garmin Express akan mengenali dan menyegerakkannya secara automatik. Peranti Wi-Fi – Tekan butang Sambung pada peranti anda apabila anda berada dalam rangkaian Wi-Fi yang anda sediakan dalam Garmin Express. Bluetooth (kecuali vívofit) – Jika peranti anda serasi dengan Bluetooth atau Bluetooth Smart, muat turun aplikasi Mudah Alih Garmin Connect pada telefon anda atau peranti wayarles lain. Aplikasi Mudah Alih Garmin Connect akan disegerakkan sebaik sahaja anda menyimpan aktiviti anda.

Aktiviti

Adakah saya perlu memuat turun sebarang perisian?
Maklumat dipindahkan antara peranti kecergasan anda dan Garmin Connect melalui perisian Garmin Express. Muat turun Garmin Express dan pasangnya pada komputer anda untuk memuat naik data anda.
Bolehkah saya mengimport fail aktiviti saya secara manual?
Untuk mengimport data secara manual, ikuti langkah ini: • Pergi ke Menu • Pilih Aktiviti • Pilih butang Import • Pilih fail yang anda ingin import daripada komputer anda. Kami menyokong fail .TCX, .FIT dan .GPX. Fail GPX mesti menyertakan maklumat masa.
Apa yang akan berlaku jika saya mempunyai data bertindih daripada dua peranti yang berlainan?
Jika anda mempunyai data bertindih daripada dua peranti yang berlainan, kami akan menyesuaikan data bertindih untuk mempersembahkan maklumat yang paling tepat. Contohnya, jika salah satu daripada peranti anda menggunakan GPS dan peranti lain tidak, kami akan menggunakan data GPS apabila mengira jumlah jarak dan kalori. Jika kedua-dua peranti menjejaki langkah, Minit Keamatan atau Tingkat Dinaiki, kami akan menggabungkan data tersebut menggunakan teknologi TrueUp™.
Bagaimana saya mengawal privasi bagi satu aktiviti?
Gunakan ikon kunci untuk menentukan siapa yang melihat aktiviti anda. Pilihan anda adalah Hanya Saya, Hubungan Saya, Hubungan dan Kumpulan Saya dan Semua Orang.
Bolehkah saya menyesuaikan senarai aktiviti?
Anda boleh pilih daripada puluhan lajur data, yang menunjukkan apa yang penting kepada anda sahaja. • Pergi ke halaman Senarai Aktiviti. • Letakkan kursor di atas sebarang pengepala lajur, anak panah juntai bawah akan muncul. • Pilih Lajur. • Pilih data yang anda ingin paparkan pada jadual anda. Susun semula tertib lajur dengan memilih pengepala lajur dan menyeretnya ke lokasi baharu.
Bagaimana saya mengeksport data aktiviti saya?
Anda mempunyai pilihan format (.TCX, .GPX atau .KML) yang membolehkan anda mengeksport data:
• Pergi ke aktiviti yang anda ingin mengeksport.
• Jika anda berada dalam Moden, klik menu gear di kanan bahagian atas halaman.
• Jika anda berada dalam Klasik, klik butang Eksport dalam bar alat.
• Pilih format eksport daripada menu.
Bagaimana saya memautkan aktiviti ke kursus?
Bagaimanakah ukuran masa ditakrifkan dalam Garmin Connect?
Moving Time Garmin Connect mengira Masa Bergerak dengan mengeluarkan jumlah masa apabila pengguna berhenti. Ini sangat berguna untuk pengguna yang tidak mempunyai AutoJeda atau AutoJeda dimatikan. Untuk mereka yang mempunyai AutoJeda yang dihidupkan atau menekan butang Henti dan Mula di tengah-tengah aktiviti, Masa Bergerak sepatutnya sangat hampir atau sama dengan Masa. Purata Kelajuan/Kadar Bergerak adalah tidak bergantung pada nilai Masa Bergerak. Elapsed Time Garmin Connect mengira Masa Berlalu mengikut jumlah masa berlalu dari masa Mula dan Tamat sebenar sesuatu aktiviti. Ini adalah untuk pelanggan yang mempunyai AutoJeda yang dihidupkan atau yang menekan butang Henti dan Mula di pertengahan sesuatu aktiviti. Untuk mereka yang tidak mempunyai AutoJeda atau telah mematikannya, Masa berlalu sepatutnya sangat hampir atau sama dengan Masa.
Apakah pembetulan peningkatan?
Pembetulan peningkatan membuat rujukan silang kedudukan mendatar (latitud/longitud) yang diberikan oleh GPS dengan data peningkatan yang telah diperoleh oleh kajian profesional. Apabila pembetulan kepada data peningkatan dibuat, setiap titik jejak aktiviti anda mengandungi peningkatan daripada perkhidmatan web, bukan peningkatan yang disediakan oleh peranti GPS anda. Garmin Connect menjalankan pembetulan secara terpilih untuk menggambarkan perwakilan yang lebih realistik bagi pengalaman peningkatan anda. Aktiviti yang direkodkan pada peranti tanpa altimeter barometer diaktifkan dengan Pembetulan Peningkatan secara lalai. Secara alternatif, aktiviti yang dirakamkan pada peranti yang mempunyai altimeter barometer secara umumnya mengandungi data peningkatan yang tepat dan oleh itu Pembetulan Peningkatan dinyahaktifkan secara lalai.

Penjejakan Aktiviti

Apakah penjejakan aktiviti?
Sesetengah peranti menyediakan penjejakan aktiviti selama 24 jam (langkah, tidur, dll.) agar anda mendapat gambaran penuh kesihatan harian anda. Penjejak aktiviti hanya boleh digunakan seorang pada satu-satu masa, tidak boleh dikongsi antara rakan atau pasangan. Jika anda mempunyai berbilang peranti penjejak aktiviti, tetapkan peranti yang anda pakai sepanjang hari sebagai peranti diutamakan anda.
Apakah Penjejak Aktiviti Diutamakan?
Apabila anda menggunakan lebih daripada satu peranti penjejak aktiviti (cth langkah, minit keamatan, dan tingkat dinaiki) dalam sehari, TrueUp™ akan disegerakkan dan menggabungkan data anda. Untuk melakukan ini dengan betul, anda mesti menetapkan penjejak aktiviti diutamakan (peranti yang anda paling kerap pakai). Untuk jumlah yang paling tepat, segerakkan setiap peranti secara berkala.
What are Intensity Minutes?
To improve your health, organizations such as the U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC), the American Heart Association (AHA), and the World Health Organization (WHO) recommend, 150 minutes per week of moderate-intensity activity, such as brisk walking, OR 75 minutes per week of vigorous-intensity activity, such as running.

Moderate Intensity: You can have a conversation, but not sing while exercising.
Vigorous Intensity: You can only speak a few words between breaths while exercising. Vigorous-intensity minutes will only be recorded when heart rate data is available.

You must do at least 10 minutes of moderate or higher intensity activity at a time to get your health benefits and for your Garmin activity tracker to count it.

Use any combination of moderate and vigorous exercise to achieve the goal of 150 intensity minutes per week. Tip: A minute of vigorous-intensity activity counts for twice as much as a minute of moderate activity against your weekly goal.

Learn more from the CDC, AHA or WHO.
Apakah Move IQ?
Jika peranti Garmin anda menyokong ciri Move IQ, peranti anda boleh mengesan tempoh apabila pergerakan anda sepadan dengan corak yang biasa seperti berbasikal, berlari atau menggunakan mesin eliptis secara automatik. Acara ini akan dipaparkan pada garis masa Garmin Connect anda untuk membantu anda melihat aktiviti yang anda telah lakukan sepanjang hari tetapi acara Move IQ tidak ditunjukkan dalam senarai, laporan atau suapan berita aktiviti anda.
Bagaimanakah acara Move IQ berbeza daripada aktiviti bermasa?
Acara Move IQ tidak akan ditunjukkan dalam senarai, laporan dan suapan aktiviti anda. Move IQ hanya membantu anda mengenal pasti jenis aktiviti yang anda lakukan pada siang hari. Acara Move IQ tidak boleh diedit dan hanya akan dipaparkan jika anda cukup aktif untuk peranti mengenal pasti corak.
Untuk merekodkan aktiviti lebih terperinci yang menyumbang ke arah matlamat dan jumlah anda, mulakan pemasa pada peranti anda pada permulaan aktiviti anda dan berhenti apabila anda selesai. Aktiviti bermasa adalah paling tepat dan menyertakan data terbanyak.
Apakah cabaran langkah?
Jika anda mempunyai penjejak aktiviti Garmin (seperti vívofit, vívoki atau Forerunner 15), anda boleh menyertai cabaran dengan pengguna Garmin Connect yang lain. Setiap minggu, cabaran baru bermula pada waktu malam antara tengah malam Ahad dan tengah hari Isnin (zon masa anda sendiri). Kami akan menganalisis jumlah langkah lalu anda, apabila tersedia, dan menambah anda ke kumpulan cabaran yang paling sesuai untuk anda. Ketika langkah anda bertambah sepanjang minggu, anda akan melihat kedudukan anda dengan 7-12 peserta lain dalam kumpulan cabaran anda. Jika anda memenangi cabaran, anda akan memperoleh lencana.
Bagaimana saya dapat menyertai cabaran langkah?
• Pergi ke menu ciri. • Pilih Cabaran. • Ikut arahan atas skrin untuk menyertai.
Bilakah setiap cabaran langkah berakhir?
Cabaran mingguan akan berakhir antara tengah malam Ahad dan tengah hari Isnin dalam zon masa anda sendiri. Anda akan mempunyai tempoh tangguh sehingga tengah hari Isnin untuk segerakkan penjejak aktiviti anda. Jika anda tidak segerakkan tepat pada masanya, langkah anda untuk cabaran terdahulu tidak dapat dikira.
Bagaimana saya dapat beralih ke dalam kumpulan cabaran berbeza?
Bergantung pada aliran langkah anda dari semasa ke semasa, anda boleh beralih ke kumpulan cabaran baru yang akan membuatkan anda terus tercabar. Contohnya, jika anda melebihi matlamat cabaran anda dalam beberapa minggu berturut-turut, anda akan beralih naik ke cabaran bermatlamat lebih tinggi.
Bolehkah saya mengimport data Fitbit saya?
Anda boleh mengimport data aktiviti dan Fitbit. Untuk hari yang data Garmin dan Fitbit bertindih, data Garmin akan digunakan. Aktiviti Minit Fitbit akan dipaparkan sebagai Minit Keamatan Garmin. Jika anda mengimport fail dengan tarikh yang bertindih, data dalam muat naik terakhir akan digunakan. Jika anda ingin mengubah unit ukuran yang anda pilih semasa import, anda boleh mengimport fail sekali lagi dan data yang dimuat naik sebelum ini akan ditulis ganti.
Penjejakan Tidur
Semasa anda tidur, peranti serasi anda memantau pergerakan anda. Statistik tidur merangkumi jumlah jam tidur, tahap tidur dan pergerakan tidur. Menjejak dan mencari corak dalam tabiat tidur anda boleh membantu anda memahami cara tidur mempengaruhi ragam, tahap aktiviti anda dan banyak lagi. Anda boleh menetapkan jam tidur biasa anda dalam tetapan pengguna pada akaun Garmin Connect™ anda. Anda boleh melihat statistik tidur pada akaun Garmin Connect anda.

Tetapan

Bagaimanakah saya menetapkan unit ukuran saya?
• Pergi ke Tetapan. • Pilih Keutamaan Paparan. • Pilih sistem ukuran yang anda sukai. (Statut UK memaparkan data peningkatan dalam meter.)
Di manakah saya boleh mengubah format perpuluhan, format masa atau format tarikh?
• Pergi ke Tetapan. • Pilih Keutamaan Paparan. • Pilih format pilihan anda.
Bagaimanakah saya menyesuaikan data kuasa saya?
Anda mempunyai pilihan untuk mentakrifkan julat kuasa untuk 7 zon mengikut tahap yang anda dapati bermakna atau telah peroleh semasa ujian prestasi. • Pergi ke Tetapan. • Pilih Zon Latihan. • Pilih Berbasikal. • Buat perubahan pilihan anda.
Bagaimanakah saya menukar keutamaan paparan kadar denyut jantung saya?
• Pergi ke Tetapan. • Pilih Keutamaan Paparan. • Pilih tetapan kadar denyut jantung yang anda lebih suka.
Bagaimanakah saya menukar zon kadar denyut jantung saya?
• Pergi ke Tetapan. • Pilih Zon Latihan. • Anda boleh menukar zon kadar jantung lalai. Anda juga boleh menukar zon kadar jantung secara khusus untuk sebarang aktiviti larian atau berbasikal. • Pilih BPM atau %maks di bahagian atas lajur, bergantung pada yang mana satu anda ingin edit. • Masukkan nilai terendah untuk setiap medan.
Pengesan Aktiviti Automatik pada vívofit
Apabila Pengesan Aktiviti Automatik dihidupkan, peranti anda akan mencipta aktiviti Garmin Connect semasa anda berlari untuk 20 minit atau lebih lama. • Pergi ke Peranti • Pilih vívofit anda • Pilih Tetapan Peranti • Hidupkan Pengesan Aktiviti Automatik
Bagaimanakah saya menukar nama paparan saya?
Nama paparan anda ialah nama yang ditunjukkan kepada orang awam. • Pergi ke Tetapan. • Pilih Hubung Profil. • Taipkan nama paparan. (Ia mestilah nama yang unik, tidak digunakan oleh mana-mana pengguna Garmin Connect yang lain.)
Bagaimanakah saya menukar alamat e-mel atau kata laluan saya?
Daftar masuk di my.Garmin.com untuk menukar alamat e-mel atau kata laluan anda. Jika anda tidak mengingati kata laluan anda, anda juga boleh memperolehnya di Garmin.com.

Privasi

Bolehkah sesiapa melihat aktiviti saya?
Anda dapat mengawal mereka yang melihat profil anda, aktiviti anda dan ringkasan harian bagi langkah, tidur, berat dan kalori anda. Pilihan anda adalah Hanya Saya, Hubungan Saya, Hubungan dan Kumpulan Saya dan Semua Orang. Pilih ikon kunci pada mana-mana aktiviti untuk menukar privasi bagi aktiviti tersebut. Atau, laraskan privasi bagi semua aktiviti akan datang anda: • Pergi ke Tetapan. • Pilih Privasi. Jika privasi anda ditetapkan kepada Hanya Saya, anda tidak akan mempunyai akses untuk beberapa ciri seperti segmen, kumpulan dan papan pemimpin.

Peta

Mengapakah saya tidak boleh membuat kursus saya sebagai peribadi apabila menggunakan OpenStreetMap?
OpenStreetMap adalah sumber terbuka, jadi semua kursus mesti kekal sebagai awam. Jika anda perlu membuat kursus peribadi, anda boleh menggunakan peta Bing atau Google.
Apakah peta haba?
Apabila anda sedang menjelajah kursus dan aktiviti atau membuat kursus baharu, anda boleh menggunakan tindanan peta haba untuk melihat lokasi yang paling popular untuk berlari atau berbasikal di bandar tertentu. Ini membantu anda mencari kawasan baharu bagi menyediakan tempat yang baik untuk bertemu rakan-rakan.
Mengapa saya tidak boleh melihat peta haba apabila saya menggunakan OpenStreetMap?
Kami menggunakan tindanan jubin tersuai untuk mempersembahkan peta haba, MapQuest OSM API semasa tidak menyokong ini. Anda boleh menghubungi MapQuest untuk menggalakkan mereka menambah "sokongan untuk tindanan jubin tersuai."

Papan Pemuka

Apakah papan pemuka?
Garmin Connect membolehkan anda menyusun semua kegemaran anda dan ciri yang paling digunakan pada papan pemuka tersuai anda sepenuhnya. Sebenarnya, anda boleh mencipta lebih daripada satu halaman papan pemuka untuk mengisih ciri mengikut sukan, jenis data atau mana-mana cara yang anda pilih. Ini adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan dengan ciri pada papan pemuka anda: • Seret ciri ke mana-mana lajur atau baris pada papan pemuka anda. • Tukar pandangan yang anda lihat dengan memilih menu gear di penjuru kanan bahagian atas ciri tersebut. • Alih keluar ciri dari papan pemuka anda melalui menu gear. • Tambah ciri sama ke papan pemuka anda sebanyak mana yang anda mahu. Contohnya, anda mungkin menambah ciri laporan dua kali, sekali untuk menunjukkan purata kadens anda dan sekali lagi untuk memaparkan masa aktiviti keseluruhan anda. • Apabila anda menggunakan jenis peranti baru buat pertama kali, ciri baru mungkin muncul dalam menu anda dan pada papan pemuka anda.
Bagaimana saya dapat mencipta papan pemuka baru?
• Pilih tanda tambah (+) di penjuru kanan bahagian atas. • Berikan nama baru kepada papan pemuka anda. Anda boleh sentiasa menukarnya nanti. • Guna anak panah kecil di sebelah nama papan pemuka untuk menukar nama atau memadam papan pemuka. Memadam papan pemuka akan turut mengalih keluar semua ciri, tetapi kami akan bertanya kepada anda sebelum mengalih keluar segalanya.
Bagaimana saya dapat menambah ciri ke papan pemuka?
• Lihat papan pemuka di mana anda mahu ciri tersebut dipaparkan. • Pilih menu di penjuru kiri bahagian atas. (Ia kelihatan seperti 3 garisan tersusun.) • Pilih ciri dan alih huraian ke sebelah kanan nama. • Pilih “Tambah ke Papan Pemuka.” Ciri akan ditambah ke papan pemuka pertama. Cari ia di bawah ciri sedia ada anda.

Segmen

Apakah segmen padang?
Segmen padang adalah padang bertanding maya yang membolehkan anda membandingkan prestasi anda dengan semua aktiviti lalu anda, hubungan anda, ahli kumpulan anda atau seluruh komuniti Garmin Connect. Anda boleh mencari segmen di kawasan anda, atau menciptanya sendiri. Untuk bersaing dalam segmen dan melihat hasil anda pada papan pemimpin • Pergi ke Tetapan. • Pilih Privasi. • Pastikan tahap privasi aktiviti anda ditetapkan kepada Semua Orang (atau tahap atau privasi yang anda mahu). Anda boleh pilih keluar segmen jika anda tidak mahu menggunakan ciri ini.
Maklumat Peribadi & Papan Pemimpin
Untuk mendapatkan kedudukan tepat dalam papan pemimpin yang ditapis mengikut jantina atau umur, pastikan anda mengisi maklumat yang sesuai dalam Tetapan Pengguna anda di bawah Maklumat Peribadi.
Bagaimana saya dapat mencipta segmen?
• Pilih aktiviti yang memasukkan kawasan yang anda mahu tukar kepada segmen. • Pilih "Cipta Segmen" di bawah peta aktiviti. • Pilih segmen titik mula dan penamat di atas peta atau carta peningkatan. • Namakan segmen, tambah jenis segmen dan pilih jenis permukaan. • Simpan.
Apakah itu Strava Live Segment?
Jika anda mempunyai akaun Premium Strava, anda boleh menyegerakkan segmen anda yang dibintangkan ke akaun Garmin Connect anda. Dan, apabila anda memindahkan Strava Live Segments ke peranti Garmin yang serasi, anda boleh bersaing dalam masa nyata dengan masa terbaik peribadi anda, King/Queen of the Mountain, saingan atau masa matlamat anda bagi segmen tersebut.
Peranti Garmin yang manakah berfungsi dengan Strava Live Segments?
Jika peranti Garmin Edge anda boleh menerima segmen daripada Garmin Connect, ia akan juga berfungsi dengan Strava Live Segments. Garmin Edge 520 adalah yang pertama menggunakan Strava Live Segments; Edge 510, 810, 820 dan 1000 akan menjadi serasi pada 2015.
Bagaimana saya boleh mendapatkan Strava Live Segments?
Pertama, pastikan anda mempunyai akaun Premium Strava. Kemudian, gunakan ciri Segmen pada papan pemuka Garmin Connect anda untuk dipautkan dengan akaun Strava anda. Jika anda mempunyai peranti Garmin yang serasi, semua segmen anda yang dibintangkan dalam Strava akan dihantar ke peranti anda kali seterusnya anda segerakkan.
Mengapa Strava Live Segments saya dipaparkan dalam Garmin Connect tetapi tidak pada peranti saya?
Strava Live Segments tersedia untuk sesiapa dengan peranti Edge yang serasi dan akaun Premium Strava. Jika peranti anda serasi dan masih tidak berfungsi, kemas kini perisian menggunakan Garmin Express.
Apakah yang berlaku pada segment Garmin saya?
Jika anda sedang menggunakan Strava Live Segments dalam akaun Garmin Connect anda, segmen Garmin anda tidak akan ditunjukkan. Akaun anda hanya akan memaparkan segmen daripada satu sumber pada satu masa. Beralih kembali ke segmen Garmin menggunakan menu gear dalam ciri Segmen pada papan pemuka anda.

Latihan & Pelan Latihan

Apakah dia latihan?
Sebelum anda boleh keluar untuk berlari atau menunggang, anda boleh merancang latihan pada Garmin Connect dan menghantarnya ke peranti serasi anda. Ini berfungsi dengan baik terutamanya untuk sesi kelajuan, selang masa, latihan zon kadar denyut jantung atau bila-bila masa anda ingin peranti anda memberitahu anda bila hendak pergi, berhenti, memulihkan semula atau berehat.
Apakah maksud "tempoh" pada sesuatu latihan?
Tempoh menentukan bila sesuatu langkah berakhir. Kadar denyut jantung dan tempoh kuasa memerlukan aksesori ANT+. Tidak semua peranti menyokong semua jenis tempoh. Anda boleh menetapkan tempoh untuk bergerak ke langkah seterusnya bagi sesuatu latihan apabila anda mencapai masa, jarak, bilangan kalori yang dibakar, kadar denyut jantung tertentu atau apabila anda menekan butang Pusingan pada peranti anda.
Apakah maksud "sasaran" pada sesuatu latihan?
Sasaran ialah tahap prestasi yang anda ingin kekalkan semasa langkah sesuatu senaman. Anda boleh tetapkan sasaran dari segi output kuasa, nada (ulangan setiap minit), kadar denyut jantung, kelajuan atau kadar.
Apakah pelan latihan?
Pelan latihan ialah satu siri senaman yang dibina antara satu sama lain dan membantu anda mencapai matlamat kecergasan anda. Sama ada anda ingin meningkatkan kecergasan umum anda, menjalankan 5K pertama anda atau mengurangkan minit PR triatlon anda, kejayaan anda bergantung pada latihan anda. Pelan kami dicipta oleh jurulatih profesional dan termasuk latihan untuk sukan utama anda, latihan latih silang, hari cuti dan petua bimbingan. Anda boleh menambah pelan tersebut ke kalendar Garmin Connect anda dan menghantar latihan tersebut ke peranti Garmin serasi anda.
Bagaimanakah saya menambah latihan pelan latihan ke peranti saya?
Selepas anda memilih pelan latihan dan menambahnya ke kalendar Garmin Connect anda, anda boleh menghantar setiap latihan dalam pelan ke peranti anda. • Pergi ke Kalendar. • Pilih Hantar kepada Peranti. Sila ambil perhatian, latihan berbasikal tidak akan ditunjukkan pada peranti berlari dan latihan berlari tidak akan ditunjukkan pada peranti berbasikal. Semua latihan akan ditunjukkan pada peranti berbilang sukan.
Mengapa saya tidak melihat pusingan saya terpisah apabila saya menggunakan senaman pelan latihan?
Apabila anda melakukan senaman berasaskan masa (cth. Larian jauh-90 minit), anda tidak akan melihat pusingan terpisah pada setiap batu atau kilometer. Jika pisahan tersebut penting kepada anda, anda boleh memilih untuk tidak melakukan senaman Garmin Connect dan, sebaliknya, melakukan senaman mudah, tidak berjadual pada peranti anda menggunakan hanya butang Mula/Henti.
Mengapa senaman pelan latihan tidak tamat secara automatik apabila saya telah selesai?
Setiap senaman pelan latihan mempunyai langkah bertenang di akhirnya. Langkah bertenang bermula sebaik sahaja bahagian senaman yang sukar telah selesai. Langkah bertenang ini bagus untuk badan anda, dan ia memberikan anda penampan di akhir senaman. Apabila langkah bertenang telah selesai, tekan butang Pusingan pada peranti anda dan dengarkan nada berakhir yang menandakan berakhirnya senaman anda. Atau, anda boleh tekan butang Akhir dan tiada nada akan berbunyi.

Hantar ke Peranti

Bagaimana saya menghantar semua senaman pada kalendar saya ke peranti serasi saya?
• Pergi ke Kalendar. • Pilih Hantar kepada Peranti. Peranti anda boleh menyimpan ratusan senaman, tetapi anda mungkin mencapai kapasiti maksimumnya apabila menghantar pelan latihan yang besar. Jika peranti anda telah penuh, anda boleh memilih untuk menulis ganti senaman atau membatalkan proses Hantar ke Peranti.
Bagaimanakah saya dapat menghantar segmen ke peranti saya?
Peranti serasi boleh tunjukkan kepada anda apabila anda memasuki segmen dan kebolehan untuk bersaing dengan pemimpin pada masa nyata. • Pergi ke Segmen. • Pilih Hantar kepada Peranti. • Segerakkan peranti anda.

Profil & Hubungan

Apakah halaman profil saya?
Profil membolehkan anda memberitahu orang lain siapa diri anda dan apa yang anda lakukan. Kebanyakan maklumat ini adalah pilihan, tetapi, jika anda mengisikannya, ia akan dipaparkan. Tetapan privasi anda mengawal apakah maklumat peribadi dan aktiviti yang boleh dilihat dan siapa yang boleh melihatnya.
Siapa yang boleh melihat halaman profil dan aktiviti?
Anda boleh tentukan siapa yang boleh melihat profil dan aktiviti anda. Pilihan anda adalah Hanya Saya, Hubungan Saya, Hubungan dan Kumpulan Saya dan Semua Orang.
Bagaimana saya boleh mengubah tetapan privasi saya?
• Pergi ke Tetapan. • Pilih Tetapan Privasi. • Pilihan anda adalah Hanya Saya, Hubungan Saya, Hubungan dan Kumpulan Saya dan Semua Orang.
Apakah maknanya untuk berhubung dengan seseorang?
Apabila anda menemui rakan, musuh atau penyokong pada Garmin Connect, anda boleh berhubung dengan mereka. Sebaik sahaja hubungan diwujudkan, anda boleh melihat aktiviti hubungan anda dan mereka boleh melihat aktiviti anda. Ia adalah cara yang hebat untuk mendapat galakan dan mendapat tahu berita terkini mengenai orang lain.
Papan Pemimpin Hubungan
Papan pemimpin hubungan memastikan jumlah langkah atau jarak mingguan, supaya anda boleh membandingkannya dengan rakan anda. Pertandingan yang sedikit adalah motivasi hebat! Papan pemimpin ditetapkan semula kepada sifar setiap tengah malam dalam zon masa anda. Untuk melihat hasil papan pemimpin daripada minggu yang lepas • Pergi ke Hubungan • Cari Papan Pemimpin Mingguan • Pilih Lihat Sebelumnya

Kumpulan

Mengapa aktiviti saya tidak muncul dalam kumpulan saya?
Apabila anda menyertai kumpulan atau mula membuat hubungan, pastikan untuk melaraskan aktiviti dan tetapan privasi profil anda. Jika semua aktiviti anda ditetapkan kepada peribadi, ia tidak akan ditunjukkan di mana-mana.
Siapa yang boleh melihat komen kumpulan saya?
Komen yang anda buat dalam kumpulan, kekal dalam kumpulan. Ini bermakna jika ahli kumpulan rakan-rakan menggunakan halaman kumpulan untuk mengusik anda mengenai pelanggaran semasa perjalanan jauh semalam, hubungan anda yang tiada dalam kumpulan tidak akan melihatnya.
Siapa yang boleh membuat kumpulan?
Sebarang pengguna Garmin Connect boleh membuat kumpulan. Walau bagaimana pun, jika kumpulan semasa anda mempunyai jurulatih atau ketua, individu tersebut kebiasaannya adalah orang yang paling sesuai membuat kumpulan.
Apakah perbezaan antara pemilik kumpulan dan pentadbir kumpulan?
Setiap kumpulan boleh mempunyai hanya satu pemilik. Biasanya, pemilik adalah orang yang pertama membuat kumpulan; walau bagaimana pun, pemilikan boleh dipindahkan jika pencipta kumpulan ingin menyerahkan tanggung jawab. Pemilik adalah satu-satunya orang yang boleh memadamkan kumpulan. Kumpulan boleh mempunyai berbilang pentadbir, yang dilantik sama ada oleh pemilik atau pentadbir sedia ada. Pentadbir boleh menambah acara, kursus, pemberitahuan dan maklumat lain kepada halaman kumpulan. Mereka juga boleh meluluskan permintaan keahlian.
Bagaimana saya mengedit tetapan kumpulan?
• Pergi ke Tetapan. • Pilih Kumpulan. • Buat perubahan anda.
Siapa yang boleh melihat apa yang disiarkan pada halaman kumpulan saya?
Pentadbir atau pemilik kumpulan boleh melaraskan privasi kumpulan untuk menyesuaikan keperluan kumpulan. Gunakan tetapan kumpulan untuk memilih siapa yang boleh melihat kumpulan: Setiap Orang atau Ahli Kumpulan Sahaja.

Kalori, Berat & Kadar Degupan Jantung

Apakah maksud semua istilah kalori berbeza ini?
Kalori Rehat – Juga dipanggil BMR (kadar metabolisme basal), ini merupakan jumlah tenaga yang diambil untuk memastikan anda hidup, walaupun anda berbaring di katil sepanjang hari. Kalori rehat berdasarkan umur, ketinggian, berat dan jantina anda. Kalori Aktif – Apabila anda merakam aktiviti menggunakan peranti Garmin, kami mengira kalori yang dibakar berdasarkan tahap aktiviti anda, umur, ketinggian, berat, jantina dan kadar degupan jantung (jika tersedia). Kalori Diambil – Menjejaki pengambilan makanan harian anda di MyFitnessPal.com. Matlamat Kalori – MyFitnessPal.com boleh membantu anda menentukan matlamat kalori berdasarkan sama anda anda mahu menaikkan, mengurangkan atau mengekalkan berat anda. Apabila anda telah menentukan nombor yang betul, cuba satukannya dengan gabungan aktiviti dan pemakanan sihat. Kalori Bersih – Jika anda mengambil semua kalori yang anda guna, kemudian tolak semua kalori yang anda bakar (aktif), anda akan mendapat angka kalori bersih anda untuk hari itu. Baki Kalori – Apabila anda telah menentukan matlamat kalori MyFitnessPal, kami akan membantu anda menjejaki berapa banyak kalori harian anda di atas atau di bawah matlamat anda. Formulanya adalah matlamat kalori tolak kalori bersih. Jumlah Kalori – Dengan menambah kalori rehat (BMR) dan kalori aktif anda yang dibakar, anda akan mendapat jumlah kalori hari itu.
Apakah zon kadar degupan jantung?
Zon kadar degupan jantung membantu anda memahami keamatan latihan anda. Menggunakan peratusan Kadar Degupan Jantung Maksimum anda ialah cara paling lazim dan biasa untuk menentukan zon latihan anda. Zon lalai anda ditentukan semasa persediaan awal profil pengguna anda. Zon kadar degupan jantung dinomborkan daripada 1 hingga 5 mengikut keamatan yang meningkat.
  • Zon 1 (Memanaskan Badan)
    • Anggaran penggunaan tenaga: Bersantai, kelajuan mudah, pernafasan ritmik. Faedah: Latihan aerobik tahap permulaan aras, mengurangkan tekanan.
  • Zon 2 (Mudah)
    • Anggaran penggunaan tenaga: Kelajuan selesa, pernafasan sedikit dalam, boleh berbual. Faedah: Latihan kardiovaskular asas, kadar pemulihan baik.
  • Zon 3 (Aerobik)
    • Anggaran penggunaan tenaga: Kelajuan sederhana, lebih sukar untuk berbual. Faedah: Meningkatkan keupayaan aerobik, latihan kardiovaskular optimum.
  • Zon 4 (Ambang)
    • Anggaran penggunaan tenaga: Kelajuan pantas dan sedikit tidak selesa, pernafasan tercungap. Faedah: Meningkatkan keupayaan anaerobik dan ambang, meningkatkan kelajuan.
  • Zon 5 (Maksimum)
    • Anggaran penggunaan tenaga: Kelajuan pecutan, tidak boleh dikekalkan untuk masa yang panjang, pernafasan berat. Faedah: Ketahanan anaerobik dan otot, peningkatan kuasa.
Bagaimanakah kadar degupan jantung rehat dikira?
Peranti Garmin anda boleh menjejak kadar denyutan jantung anda semasa anda bergerak sepanjang jari dan semasa anda tidur di waktu malam. Kadar degupan jantung diukur degupan seminit (bpm) dan boleh berbeza dengan banyak antara individu dengan individu bergantung pada faktor seperti umur dan aras kecergasan. Kadar degupan jantung rehat boleh menjadi penunjuk utama kesihatan jantung anda. Ia secara tradisinya diukur apabila anda terjaga, bersantai dan berehat. Peranti Garmin anda akan menjejak kadar degupan jantung yang paling rendah dicerap pada hari tertentu dari 12:00 tgh mlm sehingga 11:59 mlm, sama ada anda terjaga atau tidur. Ukuran kadar degupan jantung rehat diambil semasa tidur biasanya lebih rendah daripada yang diambil ketika anda terjaga. Untuk memastikan ukuran yang konsisten dan untuk mengurangkan kesan aktiviti atau tekanan pada bacaan kadar degupan jantung rehat, anda perlu memakai peranti Garmin anda semasa tidur. Kadar degupan jantung rehat anda pada hari itu boleh dikesan sebelum anda bangun daripada tidur malam tadi atau sebelum tengah malam ini. Lama kelamaan, apabila anda menjadi lebih sihat secara fizikal, nombor kadar degupan jantung rehat anda mungkin berkurangan kerana otot jantung anda berkeadaan lebih baik dan lebih cekap. Purata kadar degupan jantung rehat adalah 60-100 bpm dan orang yang sangat cergas boleh melihat bacaan serendah 40 bpm. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang kadar jantung anda, tanya doktor anda. Ketahui lebih lanjut daripada American Heart Association
Bagaimanakah kadar degupan jantung dikira?
Peranti Garmin anda boleh menjejak kadar denyutan jantung anda semasa anda bergerak sepanjang jari dan semasa anda tidur di waktu malam. Kadar degupan jantung diukur degupan seminit (bpm) dan boleh berbeza dengan banyak antara individu dengan individu bergantung pada faktor seperti umur dan aras kecergasan. Kadar degupan jantung tinggi ialah kadar degupan jantung dicerap paling tinggi pada hari tertentu. Ini mungkin menjadi lebih tinggi pada hari anda bersenam dan anda boleh menjangkakan ia turun naik dengan lebih banyak berbanding kadar degupan jantung rehat anda. Banyak perkara yang boleh memberi kesan kepada kadar degupan jantung anda, termasuk senaman, tekanan, kafein, ubat dan penyakit. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang kadar jantung anda, tanya doktor anda. Ketahui lebih lanjut daripada American Heart Association
Bagaimanakah kadar degupan jantung maksimum dikira?
Kadar degupan jantung maksimum anda boleh digunakan untuk menetapkan kadar degupan jantung zon latihan. Kadar degupan jantung maksimum anda boleh dianggarkan menggunakan persamaan. Garmin Connect mengira kadar degupan jantung maksimum dengan menolak usia anda dengan 220. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran berdasarkan populasi purata. Satu-satunya cara untuk mengetahui kadar degupan jantung maksimum sebenar anda adalah dengan mengukurnya. Untuk keputusan yang lebih tepat, lari secepat yang anda boleh kekalkan selama 3 minit. Jangan berhenti, tetapi pulihkan dengan larian perlahan selama 3 minit kemudian ulang larian usaha maksimum 3 minit anda. Kadar degupan jantung maksimum anda akan dicapai semasa larian usaha maksimum kedua anda.
Bagaimana saya dapat menjejaki berat saya?
Anda boleh memasukkan berat anda dalam Garmin Connect, menggunakan skala Tanita dengan peranti Garmin serasi, atau menggunakan myFitnessPal. Dalam Garmin Connect, anda boleh memasukkan matlamat berat dan melihat apabila anda melebihi atau di bawah berat sasaran anda.