Masa untuk dikemas kini. Pelayar anda tidak lagi disokong pada Garmin Connect. Kami mengesyorkan supaya anda mengemas kini kepada versi terbaru bagi salah satu pelayar yang serasi...

Perjanjian Lesen Pengguna Akhir

(Muat Naik Quickdraw v.052416)

Aplikasi Muat Naik Quickdraw ("Aplikasi") dan kandungan serta data ("Data") yang disertakan dalam Aplikasi merupakan milik Garmin Ltd. atau subsidiarinya (secara kolektif, "Garmin") atau pemberi lesennya. Aplikasi dan Data diberikan bawah Perjanjian Lesen ini dan tertakluk pada terma dan syarat berikut yang disetujui oleh Pengguna Akhir (“anda”) yang merupakan salah satu pihak manakala Garmin dan pemberi lesennya serta syarikat sekutu Garmin dan pemberi lesennya merupakan pihak yang lain.

PENTING: BACA SELURUH PERJANJIAN LESEN INI DENGAN TELITI SEBELUM ANDA MEMBELI ATAU MENGGUNAKAN APLIKASI INI. MEMBELI, MEMASANG, MENYALIN ATAU MENGGUNAKAN APLIKASI INI MEMBUKTIKAN PENGAKUAN ANDA BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA PERJANJIAN LESEN INI DAN BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARATNYA. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT INI, JANGAN PASANG ATAU GUNAKAN APLIKASI INI.

Terma dan Syarat Lesen. Garmin memberikan anda lesen terhad dan bukan eksklusif untuk menggunakan Aplikasi dan Data menurut terma Perjanjian ini. Anda bersetuju untuk menggunakan Aplikasi dan Data semata-mata untuk kegunaan peribadi, atau jika berkaitan, untuk digunakan dalam operasi dalaman perniagaan anda dan bukan untuk biro perkhidmatan, perkongsian masa, jualan semula atau tujuan lain yang seumpamanya.

Pengehadan. Melainkan jika dibenarkan secara jelas dalam Perjanjian Lesen ini, anda bersetuju untuk tidak menghasilkan semula, menyalin, mengubah suai, menyusun semula, menyahhimpun, melakukan kejuruteraan songsang atau menghasilkan karya terbitan daripada mana-mana bahagian Aplikasi atau Data dan anda tidak boleh memindah atau mengedarkannya dalam apa jua bentuk untuk apa-apa tujuan kecuali setakat yang dibenarkan oleh undang-undang mandatori. Anda dilarang untuk menyewa atau memajakkan Aplikasi atau Data tersebut kepada orang lain atau pihak ketiga.

Penyerahan Peta. Anda boleh menggunakan Aplikasi untuk memuat naik peta ("Penyerahan Peta"). Penyerahan Peta tidak akan menjejaskan hak harta dan hak cipta anda. Walau bagaimanapun, apabila anda menyerahkan sebarang Penyerahan Peta kepada Garmin, anda memberi Garmin lesen dan hak yang boleh dipindah milik, berterusan, sedunia, bebas royalti dan tidak boleh ditarik balik untuk menghasilkan semula, menghasilkan karya terbitan, melesenkan, mengedarkan, menjual, memaparkan secara awam dan melaksanakan secara umum Penyerahan Peta tersebut untuk sebarang tujuan dan tanpa pengehadan atau kewajipan kepada anda. Anda mewakili dan menjamin kepada Garmin bahawa sebarang Penyerahan Peta anda tidak dan tidak akan melanggar hak tanda dagangan, tanda khidmat, hak cipta, hak publisiti atau hak harta intelek lain bagi pihak ketiga. Anda juga mewakili dan menjamin bahawa sebarang Penyerahan Peta yang anda serahkan adalah tepat, merujuk kepada lokasi awam yang selamat dan tidak disekat oleh sebarang undang-undang atau peraturan berkenaan. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengesahkan ketepatan dan kesahan sebarang Penyerahan Peta yang anda sumbangkan secara langsung atau tidak langsung kepada Garmin.

Anda akan kekal bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Penyerahan Peta anda dan sebarang akibat penyerahan dan penyiaran maklumat tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk memantau penarafan dan komen yang diserahkan oleh pengguna lain atau penggunaan penyerahan yang lain. Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kerosakan yang terhasil daripada mana-mana pelanggaran hak cipta, hak milik atau sebarang ancaman lain yang terhasil daripada penyerahan anda. Anda juga membenarkan mana-mana pengguna lain untuk mencapai, melihat, menyimpan atau menghasilkan semula bahan untuk kegunaan peribadi pengguna tersebut. Anda dengan ini memberikan Garmin hak untuk mengedit, menyalin, menerbitkan dan mengedarkan sebarang bahan yang anda jadikan tersedia pada Aplikasi.

Anda memperakui bahawa anda menanggung segala risiko penggunaan atau pergantungan anda terhadap mana-mana penyerahan pengguna yang disiarkan dalam Aplikasi. Oleh itu, kami mengesyorkan anda berhati-hati dan membuat pertimbangan yang menurut akal budi dan wajar apabila menggunakan Aplikasi atau Penyerahan Peta.

Peraturan Kelakuan: Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyerahkan apa-apa kepada Aplikasi yang:

  1. menyalahi undang-undang atau menggalakkan atau menyokong aktiviti yang menyalahi undang-undang atau konspirasi untuk melakukan sebarang aktiviti jenayah;
  2. ​melanggar sebarang hak pihak ketiga termasuk: (a) hak cipta, paten, tanda dagangan, rahsia perdagangan atau hak milik atau kontrak lain; (b) hak privasi (khususnya, anda tidak boleh mengedarkan maklumat peribadi individu lain dalam sebarang bentuk tanpa keizinan yang nyata daripada mereka) atau publisiti; atau (c) sebarang kewajipan kerahsiaan;
  3. mengandungi virus atau komponen berbahaya yang lain atau sebaliknya mengubah, menjejaskan atau merosakkan Aplikasi atau sebarang rangkaian yang disambungkan atau mengganggu mana-mana individu atau entiti menggunakan atau menikmati Aplikasi.

Kami tidak boleh dan tidak menjamin bahawa pengguna lain akan mematuhi Peraturan Kelakuan yang disebutkan, dan sebagai persetujuan antara anda dengan kami, anda dengan ini menanggung semua risiko bahaya atau kecederaan yang terhasil daripada sebarang kekurangan pematuhan sedemikian.

Liabiliti Garmin. Garmin tidak membuat sebarang perwakilan atau waranti tentang ketepatan, kebolehpercayaan, kesempurnaan atau ketepatan masa Aplikasi atau Penyerahan Peta atau hasil yang akan diperoleh daripada penggunaan Aplikasi atau mana-mana Penyerahan Peta pihak ketiga. Anda menanggung segala risiko atas sebarang penggunaan atau pergantungan pada Aplikasi atau Penyerahan Peta pihak ketiga.

Anda perlu mengesahkan ketepatan, keselamatan, kesahan dan/atau perkaitan sebarang Penyerahan Peta pihak ketiga sebelum bergantung pada maklumat tersebut untuk sebarang tujuan. Anda menanggung segala risiko atas sebarang penggunaan atau pergantungan pada Penyerahan Peta pihak ketiga.

APLIKASI DAN PENYERAHAN PETA PIHAK KETIGA DISEDIAKAN MENURUT DASAR 'SEADANYA' TANPA SEBARANG WARANTI DALAM APA JUA BENTUK. GARMIN, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, MENAFIKAN SEMUA WARANTI, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA WARANTI KEBOLEHDAGANGAN, BUKAN PELANGGARAN HAK MILIK ATAU HAK PIHAK KETIGA DAN WARANTI KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU.

Penafian Ganti Rugi Tertentu. Anda menanggung segala risiko penggunaan anda terhadap Aplikasi dan Penyerahan Peta pihak ketiga. Jika anda tidak berpuas hati dengan Aplikasi atau Penyerahan Peta pihak ketiga, satu-satunya remedi anda adalah berhenti menggunakan Aplikasi dan Penyerahan Peta pihak ketiga tersebut. GARMIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA-APA JUA KERUGIAN (TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KERUGIAN SAMPINGAN, TELADAN DAN TURUTAN, KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU KERUGIAN AKIBAT KEHILANGAN DATA ATAU GANGGUAN PERNIAGAAN) YANG TERHASIL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU KEGAGALAN UNTUK MENGGUNAKAN APLIKASI ATAU PENYERAHAN PETA PIHAK KETIGA, SAMA ADA BERDASARKAN WARANTI, KONTRAK, TORT ATAU SEBARANG ​​TEORI UNDANG-UNDANG LAIN, DAN SAMA ADA GARMIN TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINAN KERUGIAN TERSEBUT. BEBERAPA NEGERI TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN KERUGIAN SAMPINGAN ATAU TURUTAN, MAKA PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BERKAITAN DENGAN ANDA. JIKA SEDEMIKIAN, PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN TERSEBUT AKAN DIGUNA PAKAI SETAKAT YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG BERKENAAN.

Kawalan Eksport. Anda bersetuju untuk tidak mengeksport sebarang bahagian Aplikasi atau mana-mana produk langsung daripadanya kecuali dengan mematuhi dan mempunyai semua lesen dan kelulusan yang diperlukan di bawah undang-undang, peraturan dan pengawalan eksport yang berkenaan.

Ganti Rugi. Anda bersetuju untuk menanggung kerugian, mempertahankan dan memastikan Garmin dan pemberi lesennya, termasuk pemberi lesen masing-masing, pembekal perkhidmatan, rakan saluran, pembekal, pemegang serah hak, subsidiari, syarikat bersekutu dan pegawai masing-masing, pengarah, pekerja, pemegang saham, ejen dan wakil Garmin serta pemberi lesennya bebas dan tidak terancam daripada dan terhadap sebarang liabiliti, kerugian, kecederaan (termasuk kecederaan yang menyebabkan kematian), permintaan, tindakan, kos, perbelanjaan atau tuntutan sebarang bentuk atau ciri, termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran peguam yang timbul daripada atau berkaitan dengan sebarang penggunaan atau pemilikan anda terhadap Aplikasi atau Penyerahan Peta pihak ketiga.

Terma. Perjanjian ini berkuat kuasa sehingga Garmin menamatkan Perjanjian ini atas sebarang sebab, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jika Garmin mendapati bahawa anda telah melanggar mana-mana terma Perjanjian ini. Di samping itu, Perjanjian ini hendaklah ditamatkan serta-merta apabila penamatan perjanjian antara Garmin dengan mana-mana pihak ketiga yang daripadanya Garmin mendapatkan perkhidmatan atau pengedaran yang diperlukan untuk menyokong Aplikasi ini. Penafian Waranti dan Liabiliti yang dinyatakan di atas akan terus berkuat kuasa walaupun selepas sebarang penamatan.

Seluruh Perjanjian. Terma dan syarat ini merupakan perjanjian menyeluruh antara Garmin dan pemberi lesennya, termasuk pemberi lesen, pembekal perkhidmatan, rakan saluran, pembekal dan syarikat bersekutu Garmin dan pemberi lesennya dengan anda berkaitan perkara yang dinyatakan di sini dan menggantikan secara keseluruhannya mana-mana dan semua perjanjian bertulis atau lisan sebelum ini yang sedia ada antara kita berkenaan dengan perkara tersebut.

Undang-undang Yang Berkuat Kuasa. Terma dan syarat di atas akan ditadbir oleh undang-undang Kansas tanpa memberi kesan kepada (a) konflik peruntukan undang-undang, atau (b) Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu untuk Kontrak Barangan Dijual Antarabangsa yang dikecualikan secara nyata. Anda bersetuju untuk mengikuti bidang kuasa Kansas untuk mana-mana dan kesemua pertikaian, tuntutan dan tindakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Aplikasi atau Penyerahan Peta pihak ketiga. Apa-apa terjemahan Perjanjian ini daripada bahasa Inggeris disediakan untuk kemudahan sahaja. Jika Perjanjian ini diterjemahkan ke dalam bahasa selain bahasa Inggeris dan terdapat konflik istilah antara versi bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, maka versi bahasa Inggeris akan digunakan.

Pengguna Akhir Kerajaan. Jika Pengguna Akhir merupakan agensi, jabatan atau entiti lain daripada Kerajaan Amerika Syarikat atau dibiayai secara keseluruhan atau sebahagiannya oleh Kerajaan Amerika Syarikat, maka penggunaan, penduaan, penghasilan semula, pengeluaran, pengubahsuaian, pendedahan atau pemindahan Aplikasi dan dokumen iringan tertakluk pada sekatan sebagaimana yang dinyatakan dalam DFARS 252.227-7014(a)(1) (JUN 1995) (definisi perisian komputer komersial DOD), DFARS 27.7202-1 (dasar DOD pada perisian komputer komersial), FAR 52.227-19 (JUN 1987) (klausa perisian komputer komersial untuk agensi awam), DFARS 252.227-7015 (NOV 1995) (klausa data teknikal DOD - item komersial); FAR 52.227-14 Alternates I, II dan III (JUN 1987) (klausa data teknikal agensi awam dan perisian komputer bukan komersial) dan/atau FAR 12.211 dan FAR 12.212 (pemerolehan item komersial) dengan sewajarnya. Sekiranya berlaku konflik antara mana-mana peruntukan FAR dan DFARS yang disenaraikan di sini dengan Perjanjian Lesen ini, pembinaan yang menyediakan pengehadan yang lebih besar terhadap hak Kerajaan akan digunakan. Kontraktor/pengeluar ialah Garmin International, Inc., 1200 East 151st Street, Olathe, Kansas 66062, USA.

Dasar Hak Cipta. Garmin menghormati hak harta intelektual orang lain. Menurut dasar Garmin yang tertakluk pada budi bicara Garmin dan mengikut kesesuaian, Garmin boleh membatalkan akaun pengguna yang mungkin melanggar atau melanggar secara berulang hak cipta pihak ketiga.

Untuk menyerahkan pemberitahuan pelanggaran hak cipta kepada Garmin, sila serahkan pemberitahuan menurut Digital Millennium Copyright Act ("DMCA") dengan memberi kepada Ejen Hak Cipta yang dinyatakan di bawah maklumat berikut dalam bentuk bertulis:

  1. Tandatangan fizikal atau elektronik individu yang dibenarkan untuk bertindak bagi pihak pemilik hak eksklusif yang dikatakan dilanggar.
  2. Pengenalpastian hasil kerja berhak cipta yang dikatakan dilanggar, atau jika merupakan berbilang hasil kerja berhak cipta di satu laman dalam talian yang diliputi oleh satu pemberitahuan, maka senarai wakil hasil kerja sedemikian di laman tersebut.
  3. Pengenalpastian bahan yang dikatakan akan dilanggar atau dijadikan subjek aktiviti pelanggaran yang harus dialih keluar atau akses yang harus dinyahdayakan dan maklumat yang memadai untuk membenarkan pembekal perkhidmatan menentukan bahan.
  4. Maklumat yang memadai untuk membenarkan pembekal perkhidmatan menghubungi pihak yang membuat aduan seperti alamat, nombor telefon, dan jika tersedia, alamat mel elektronik yang boleh digunakan untuk menghubungi pihak yang membuat aduan.
  5. ​Kenyataan bahawa pihak yang membuat aduan berpendapat secara yakin bahawa penggunaan bahan dalam cara yang diadu tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya atau di sisi undang-undang.
  6. ​Kenyataan bahawa maklumat dalam pemberitahuan adalah tepat, dan di bawah penalti bagi sumpah bohong, bahawa pihak yang membuat aduan dibenarkan untuk bertindak bagi pihak pemilik hak eksklusif yang dikatakan dilanggar.

Anda mengakui bahawa jika anda gagal mematuhi semua keperluan yang dinyatakan dalam perenggan sebelumnya, notis DMCA anda tidak akan sah. Sila lihat 17 U.S.C. § 512 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai DMCA dan pemberitahuan DMCA.

Ejen Kami Yang Akan Menerima Pemberitahuan Pelanggaran Hak Cipta Yang Dituntut boleh dicapai melalui saluran berikut:

Melalui E-mel:
copyright@garmin.com

Melalui Mel:
DMCA Designated Agent
Attn: Legal Department
Garmin International, Inc.
1200 East 151st Street
Olathe, Kansas 66062

Garmin® ialah tanda dagangan Garmin Ltd. atau subsidiarinya yang didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara lain. Quickdraw™ ialah tanda dagangan Garmin Ltd. atau subsidiarinya. Tanda dagangan ini tidak boleh digunakan tanpa keizinan nyata daripada Garmin.

Perjanjian Lesen Pengguna Akhir

(Muat Turun Quickdraw v.052416)

Data peta ("Data") yang anda muat turun pada peranti anda sama ada dimiliki oleh Garmin atau dimiliki oleh satu atau lebih pihak ketiga dan dilesenkan kepada Garmin. Data dilindungi bawah undang-undang hak cipta dan perjanjian hak cipta antarabangsa. Data diberikan bawah lesen dan bukan untuk dijual. Data diberikan bawah Perjanjian Lesen ini dan tertakluk pada terma dan syarat berikut yang disetujui oleh Pengguna Akhir (“anda”) yang merupakan salah satu pihak manakala Garmin dan pemberi lesennya serta syarikat sekutu Garmin dan pemberi lesennya merupakan pihak yang lain. Jika anda memperoleh Data daripada vendor aplikasi pihak ketiga ("Vendor Aplikasi"), anda mengakui bahawa sekiranya sesuatu pihak perlu memikul tanggungjawab, maka Garmin dan bukan Vendor Aplikasi akan bertanggungjawab. Pemberi lesen Garmin, termasuklah pemberi lesen, pembekal perkhidmatan, rakan saluran, pembekal dan syarikat sekutu Garmin dan pemberi lesennya, masing-masing merupakan penerima manfaat langsung dan pihak ketiga yang dimaksudkan bagi Perjanjian ini dan boleh menguatkuasakan hak mereka secara langsung terhadap anda sekiranya anda melanggar Perjanjian ini.

PENTING: BACA KESELURUHAN PERJANJIAN LESEN INI DENGAN TELITI SEBELUM ANDA MEMUAT TURUN ATAU MENGGUNAKAN DATA. MEMUAT TURUN, MEMASANG, MENYALIN ATAU MENGGUNAKAN DATA MEMBUKTIKAN PENGAKUAN ANDA BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA PERJANJIAN LESEN INI DAN BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARATNYA. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT INI, JANGAN MUAT TURUN, PASANG ATAU GUNAKAN DATA TERSEBUT.

AMARAN. DATA BERTUJUAN UNTUK PENGGUNAAN REKREASI SEPERTI MEMANCING DAN BUKAN UNTUK TUJUAN NAVIGASI. DATA TERSEBUT TIDAK HARUS DIGUNAKAN UNTUK NAVIGASI DAN GARMIN MENAFIKAN SEMUA TANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KERUGIAN, KOS ATAU KEROSAKAN YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAANNYA UNTUK TUJUAN NAVIGASI. DATA DIKUMPULKAN OLEH KOMUNITI PENGGUNA PERANTI DAN DIMUAT NAIK KEPADA PELAYAN YANG ANDA MUAT TURUN DATA TERSEBUT. GARMIN TIDAK MENGESAHKAN DATA MELALUI SEBARANG CARA DAN JIKA ANDA MEMILIH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN, ANDA MENGGUNAKAN DATA ATAS RISIKO ANDA.

Terma dan Syarat Lesen

Garmin ("kami") memberi anda Data, termasuklah sebarang dokumentasi "dalam talian" atau elektronik dan bahan bercetak serta memberi anda lesen terhad yang bukan eksklusif untuk menggunakan Data pada peranti navigasi Garmin dengan menurut terma Perjanjian ini. Anda bersetuju untuk menggunakan Data semata-mata untuk kegunaan peribadi, atau jika berkaitan, untuk digunakan dalam operasi dalaman perniagaan anda dan bukan untuk perkongsian, biro perkhidmatan, perkongsian masa, jualan semula atau tujuan lain yang seumpamanya. Oleh itu, dengan tertakluk pada sekatan yang ditetapkan dalam perenggan berikut, anda boleh menyalin atau menghasilkan semula Data hanya menurut keperluan penggunaan peribadi anda untuk (i) melihatnya dan (ii) menyimpannya, dengan syarat anda tidak berkongsi Data dengan pihak ketiga, tidak mengalih keluar apa-apa jua notis hak cipta yang ditunjukkan dan tidak mengubah suai Data melalui apa-apa cara. Penggunaan Data anda tidak harus melanggar mana-mana peraturan penggunaan Vendor Aplikasi atau mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga lain yang anda gunakan untuk mendayakan Data. Anda tidak boleh menggunakan Data untuk tujuan yang menyalahi undang-undang, mengelirukan, menipu atau tidak beretika atau melalui sebarang cara yang mungkin menjejaskan reputasi Garmin, pemberi lesennya atau mana-mana individu atau entiti yang lain. Anda bersetuju untuk tidak menghasilkan semula, menyalin, mengubah suai, menyusun semula, menyahhimpun, melakukan kejuruteraan songsang atau menghasilkan karya terbitan daripada mana-mana bahagian Data dan anda tidak boleh memindah atau mengedarkannya dalam apa jua bentuk untuk apa-apa tujuan kecuali setakat yang dibenarkan oleh undang-undang mandatori. Garmin juga berhak untuk berhenti menawarkan apa-apa Data yang dibekalkan oleh mana-mana pembekal pihak ketiga jika pembekal tersebut tidak lagi membekalkan kandungan sedemikian atau kontrak Garmin dengan pembekal tersebut ditamatkan atas apa jua alasan.

Sokongan. Jika anda memerlukan sokongan dan bantuan pengendalian serta teknikal berkaitan pemasangan, pembuangan pemasangan, penggunaan atau pengendalian Data atau jika anda mempunyai soalan, aduan atau tuntutan berkaitan Data, sila hubungi Garmin di: MobileApplications.Support@garmin.com.

Pengakuan Tanggungjawab Vendor Aplikasi. Vendor Aplikasi tidak mempunyai tanggungjawab penyelenggaraan atau sokongan untuk Data mahupun sebarang tanggungjawab untuk menangani apa-apa tuntutan daripada anda atau mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan pemilikan atau penggunaan Data, termasuk tetapi tiada had atas tuntutan liabiliti produk, tuntutan kegagalan untuk memenuhi keperluan undang-undang atau peraturan atau tuntutan undang-undang perlindungan pengguna. Selanjutnya, Vendor Aplikasi tidak mempunyai tanggungjawab terhadap tuntutan pihak ketiga atas pelanggaran hak harta intelektual akibat pemilikan atau penggunaan Data anda.

Sekatan. Anda dilarang untuk memberi, menyewa atau memajakkan Data tersebut kepada orang lain atau pihak ketiga.

Tiada Waranti. Data disediakan untuk anda “seadanya” dan anda bersetuju untuk menggunakannya atas risiko anda sendiri. Garmin dan pemberi lesennya termasuk pemberi lesen, pembekal perkhidmatan, rakan saluran, pembekal dan syarikat sekutu Garmin dan pemberi lesennya, tidak memberi jaminan, perwakilan atau waranti dalam apa jua bentuk, tersurat atau tersirat, yang ditimbulkan oleh undang-undang atau sebaliknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan, kualiti, ketepatan, kesempurnaan, keberkesanan, kebolehpercayaan, kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, kegunaan, penggunaan atau hasil yang diperoleh daripada Data, atau Data atau pelayan tidak akan terganggu atau bebas ralat. Data ini hanya untuk digunakan sebagai tambahan bantuan rekreasi dan tidak boleh digunakan untuk apa-apa tujuan yang memerlukan pengukuran tepat arah, jarak, lokasi atau topografi. GARMIN TIDAK MEMBERIKAN WARANTI UNTUK KETEPATAN ATAU KESEMPURNAAN DATA.

Penafian Waranti. GARMIN DAN PEMBERI LESENNYA, TERMASUK PEMBERI LESEN, PEMBEKAL PERKHIDMATAN, RAKAN SALURAN, PEMBEKAL DAN SYARIKAT SEKUTU GARMIN DAN PEMBERI LESENNYA, MENAFIKAN SEBARANG WARANTI, SECARA TERSURAT ATAU TERSIRAT, UNTUK KUALITI, PRESTASI, KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAU BUKAN PELANGGARAN. TIADA NASIHAT LISAN ATAU BERTULIS ATAU MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN OLEH GARMIN ATAU PEMBEKAL DAN PEMBERI LESENNYA AKAN MEWUJUDKAN WARANTI DAN ANDA TIDAK LAYAK UNTUK BERGANTUNG PADA SEBARANG NASIHAT ATAU MAKLUMAT SEDEMIKIAN. PENAFIAN WARANTI INI MERUPAKAN SYARAT PENTING PERJANJIAN INI. Beberapa Negeri, Wilayah dan Negara tidak membenarkan pengecualian waranti tertentu, maka sehingga kepada tahap tersebut, pengecualian di atas tidak akan dikenakan kepada anda. SATU-SATUNYA TANGGUNGJAWAB DAN TANGGUNGJAWAB MAKSIMUM VENDOR APLIKASI SEKIRANYA BERLAKU KEGAGALAN WARANTI IALAH PENGEMBALIAN WANG MENGIKUT HARGA PEMBELIAN DATA, JIKA ADA.

Penafian Liabiliti. GARMIN DAN PEMBERI LESENNYA, TERMASUK PEMBERI LESEN, PEMBEKAL PERKHIDMATAN, RAKAN SALURAN, PEMBEKAL DAN SYARIKAT SEKUTU GARMIN DAN PEMBERI LESENNYA, TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA: BERKENAAN DENGAN APA JUA TUNTUTAN, PERMINTAAN ATAU TINDAKAN, TANPA MENGIRA SIFAT PUNCA TUNTUTAN, PERMINTAAN ATAU TINDAKAN YANG MENDAKWA KERUGIAN, KECEDERAAN ATAU KEROSAKAN, SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, YANG MUNGKIN TERHASIL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU PEMILIKAN DATA; ATAU UNTUK SEBARANG KEHILANGAN KEUNTUNGAN, HASIL, KONTRAK ATAU SIMPANAN, ATAU GANTI RUGI LAIN YANG LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHAS ATAU TURUTAN YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN ANDA ATAU KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN DATA, SEBARANG KECACATAN DALAM DATA ATAU MAKLUMAT, ATAU PELANGGARAN TERMA ATAU SYARAT INI, SAMA ADA TINDAKAN DALAM KONTRAK ATAU TORT ATAU BERDASARKAN WARANTI DAN SAMA ADA TERHASIL DARIPADA PENGGUNAAN, PENYALAHGUNAAN ATAU KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN DATA ATAU DARIPADA KECACATAN ATAU RALAT DALAM DATA, WALAUPUN JIKA GARMIN ATAU PEMBERI LESENNYA TELAH DIMAKLUMKAN MENGENAI KEMUNGKINAN KEROSAKAN TERSEBUT. JUMLAH LIABILITI AGREGAT GARMIN DAN SEKUTUNYA BERHUBUNG DENGAN KEWAJIPANNYA DI BAWAH PERJANJIAN INI ATAU SEBALIKNYA BERHUBUNG DENGAN DATA TERSEBUT TIDAK AKAN MELEBIHI $1.00. Beberapa Negeri, Wilayah dan Negara tidak membenarkan pengecualian liabiliti atau pengehadan ganti rugi tertentu, maka sehingga kepada tahap tersebut, pengecualian di atas tidak akan dikenakan kepada anda.

Kawalan Eksport. Anda bersetuju untuk tidak mengeksport sebarang bahagian Data atau mana-mana produk langsung daripadanya kecuali dengan mematuhi dan mempunyai semua lesen dan kelulusan yang diperlukan di bawah undang-undang, peraturan dan pengawalan eksport yang berkenaan.

Pematuhan Undang-undang. Anda mewakili dan menjamin bahawa (i) anda tidak berada di negara yang tertakluk pada sekatan Kerajaan Amerika Syarikat atau telah ditetapkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat sebagai negara yang "menyokong pengganas" dan (ii) anda tidak disenaraikan dalam senarai pihak yang dilarang atau disekat oleh Kerajaan Amerika Syarikat.

Ganti Rugi. Anda bersetuju untuk menanggung kerugian, mempertahankan dan memastikan Garmin dan pemberi lesennya, termasuk pemberi lesen masing-masing, pembekal perkhidmatan, rakan saluran, pembekal, pemegang serah hak, subsidiari, syarikat bersekutu dan pegawai masing-masing, pengarah, pekerja, pemegang saham, ejen dan wakil Garmin serta pemberi lesennya bebas dan tidak terancam daripada dan terhadap sebarang liabiliti, kerugian, kecederaan (termasuk kecederaan yang menyebabkan kematian), permintaan, tindakan, kos, perbelanjaan atau tuntutan sebarang bentuk atau ciri, termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran peguam yang timbul daripada atau berkaitan dengan sebarang penggunaan, penghasilan semula atau pemilikan anda terhadap Data.

Terma. Perjanjian ini berkuat kuasa sehingga (i) jika berkenaan, terma langganan anda sama ada ditamatkan (oleh anda atau oleh Garmin) atau tamat tempoh, atau (ii) Garmin menamatkan Perjanjian ini atas sebarang sebab, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jika Garmin mendapati bahawa anda telah melanggar mana-mana terma Perjanjian ini. Di samping itu, Perjanjian ini hendaklah ditamatkan serta-merta apabila penamatan perjanjian antara Garmin dengan mana-mana pihak ketiga yang daripadanya Garmin (a) mendapatkan perkhidmatan atau pengedaran yang diperlukan untuk menyokong Data, atau (b) melesenkan Data. Anda bersetuju bahawa, selepas penamatan, anda akan memusnahkan semua salinan Data. Penafian Waranti dan Liabiliti yang dinyatakan di atas akan terus berkuat kuasa walaupun selepas sebarang penamatan.

Seluruh Perjanjian. Terma dan syarat ini merupakan perjanjian menyeluruh antara Garmin dan pemberi lesennya, termasuk pemberi lesen, pembekal perkhidmatan, rakan saluran, pembekal dan syarikat bersekutu Garmin dan pemberi lesennya dengan anda berkaitan perkara yang dinyatakan di sini dan menggantikan secara keseluruhannya mana-mana dan semua perjanjian bertulis atau lisan sebelum ini yang sedia ada antara kita berkenaan dengan perkara tersebut.

Undang-undang Yang Berkuat Kuasa. Terma dan syarat di atas akan ditadbir oleh undang-undang Kansas tanpa memberi kesan kepada (i) konflik peruntukan undang-undang, atau (ii) Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu untuk Kontrak Barangan Dijual Antarabangsa yang dikecualikan secara nyata. Anda bersetuju untuk mengikuti bidang kuasa Kansas untuk mana-mana dan kesemua pertikaian, tuntutan dan tindakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Data. Apa-apa terjemahan Perjanjian ini daripada bahasa Inggeris disediakan untuk kemudahan sahaja. Jika Perjanjian ini diterjemahkan ke dalam bahasa selain bahasa Inggeris dan terdapat konflik istilah antara versi bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, maka versi bahasa Inggeris akan digunakan.

Pengguna Akhir Kerajaan. Jika Pengguna Akhir merupakan agensi, jabatan atau entiti lain daripada Kerajaan Amerika Syarikat atau dibiayai secara keseluruhan atau sebahagiannya oleh Kerajaan Amerika Syarikat, maka penggunaan, penduaan, penghasilan semula, pengeluaran, pengubahsuaian, pendedahan atau pemindahan Data dan dokumen iringan tertakluk pada sekatan sebagaimana yang dinyatakan dalam DFARS 252.227-7014(a)(1) (JUN 1995) (definisi perisian komputer komersial DOD), DFARS 27.7202-1 (dasar DOD pada perisian komputer komersial), FAR 52.227-19 (JUN 1987) (klausa perisian komputer komersial untuk agensi awam), DFARS 252.227-7015 (NOV 1995) (klausa data teknikal DOD - item komersial); FAR 52.227-14 Alternates I, II dan III (JUN 1987) (klausa data teknikal agensi awam dan perisian komputer bukan komersial) dan/atau FAR 12.211 dan FAR 12.212 (pemerolehan item komersial) dengan sewajarnya. Sekiranya berlaku konflik antara mana-mana peruntukan FAR dan DFARS yang disenaraikan di sini dengan Perjanjian Lesen ini, pembinaan yang menyediakan pengehadan yang lebih besar terhadap hak Kerajaan akan digunakan. Kontraktor/pengeluar ialah Garmin International, Inc., 1200 East 151st Street, Olathe, Kansas 66062 USA.

Garmin® ialah tanda dagangan Garmin Ltd. atau subsidiarinya yang didaftarkan di Amerika Syarikat serta negara lain dan tidak boleh digunakan tanpa keizinan bertulis yang jelas daripada Garmin.