Mari Bermula dengan vívoactive HR anda

1

Dapatkan Aplikasi

Pada telefon pintar anda, muat turun dan pasangkan versi terkini Garmin Connect MobileTM.

Anda perlu mendaftar masuk atau mencipta akaun. Setelah anda mendaftar masuk, ikuti arahan pada skrin untuk menambahkan vívoactive HR anda.

2

Hidupkan Kuasa

Hidupkan peranti anda dengan menekan dan menahan butang kiri selama satu saat. Ikuti arahan pada skrin peranti untuk memasangkannya dengan telefon pintar anda. Anda akan pilih bahasa anda kemudian ketik mesej untuk memasangkan peranti mudah alih anda.

1

Pasang Masuk

Sambung kabel pengecasan ke peranti anda dan pasang masuk ke port USB komputer anda. Peranti vívoactive HR anda akan dihidupkan.

  • Pilih Bahasa
  • Jawab 'Tidak' untuk 'Pasangkan Peranti Mudah Alih?'
  • Jawab soalan maklumat pengguna

2

Muat Turun dan Pasang

Pastikan komputer anda memenuhi Keperluan Sistem Garmin ExpressTM.

Pada komputer anda, muat turun versi terkini Garmin Express. Apabila muat turun selesai, klik pada fail untuk memasangnya pada komputer anda.

Sistem anda tidak menyokong Garmin Express.

Garmin Express memerlukan Windows atau Mac.

Untuk memuat turun Garmin Express, sila gunakan pelayar anda pada desktop.

Tablet atau peranti mudah alih yang anda gunakan tidak menyokong Garmin Express. Sila gunakan komputer yang berlainan.

Muat turun Versi Legasi

Garmin Express tidak sepadan dengan sistem pengendalian anda.

Anda mesti menaik taraf sistem pengendalian anda untuk menggunakan Garmin Express. Cara menaik taraf. Naik taraf OS anda

Garmin Express telah direka bentuk semula untuk memberikan anda pengalaman yang lebih baik. Naik taraf OS anda untuk mendapatkan versi terkini, atau untuk menggunakan versi legasi Garmin Express.

Anda mesti menaik taraf sistem pengendalian anda untuk menggunakan Garmin Express. Cara menaik taraf. Naik taraf OS anda

Keperluan Sistem


3

Tambah Peranti

Buka Garmin Express. Pilih untuk menambahkan peranti dan ikuti arahan pada skrin untuk melengkapkan proses persediaan.

Soalan Lazim

Bagaimana jika saya tidak memasangkan telefon pintar saya semasa persediaan awal?

Jika anda tidak memasangkan vívoactive HR anda dengan telefon pintar anda semasa persediaan awal, tekan dan tahan butang kanan pada vívoactive HR kemudian pilih Tetapan > Bluetooth.

Bagaimanakah saya boleh menetapkan semula peranti saya?

Jika peranti anda berhenti memberikan respons, anda mungkin perlu menetapkan semulanya. Data atau tetapan anda tidak akan dipadamkan.

Tekan dan tahan butang kiri selama 10 saat. Peranti akan dimatikan. Kemudian, tekan dan tahan butang selama satu saat untuk menghidupkannya kembali.

Bagaimanakah saya boleh memulihkan semua tetapan lalai?

Anda boleh memulihkan semua tetapan peranti kepada nilai kilang lalai. Tindakan ini akan memadamkan semua maklumat yang dimasukkan oleh pengguna dan sejarah aktiviti.
  1. Tekan butang kanan untuk melihat menu.
  2. Pilih Tetapan > Sistem > Pulihkan Lalai > Ya.

Bagaimanakah saya boleh mengemas kini perisian peranti saya menggunakan Garmin Connect Mobile?

Untuk mengemas kini perisian peranti anda, vívosmart HR+ anda perlu disediakan dan dipasangkan dengan Garmin Connect Mobile.

  1. Sahkan bahawa versi Garmin Connect Mobile terkini telah dipasangkan pada telefon pintar anda.
  2. Letakkan peranti anda berdekatan (kira-kira 10 kaki ), buka Garmin Connect Mobile. Jika kemas kini tersedia untuk peranti anda, kemas kini akan dipasangkan secara automatik semasa penyegerakan.

Bagaimanakah saya boleh memuat turun ciri Connect IQTM?

Sebelum anda boleh memuat turun ciri Connect IQ daripada aplikasi Garmin Connect™ Mobile, anda perlu memasangkan peranti anda dengan telefon pintar anda.
  1. Daripada tetapan dalam aplikasi Garmin Connect Mobile, pilih Kedai Connect IQ.
  2. Jika perlu, pilih peranti anda.
  3. Pilih ciri Connect IQ.
  4. Ikuti arahan pada skrin.
Terokai Connect IQTM

Bagaimana jika saya sudah menggunakan Garmin Connect Mobile dan ingin menambahkan vívoactive HR saya?

Jika anda telah memasangkan peranti lain dengan aplikasi Garmin Connect Mobile, tambahkan peranti anda dengan mengikuti langkah berikut.

iOS: Pada bar tab di bahagian bawah skrin, pilih   > Peranti Garmin > dan ikuti arahan pada skrin.

Android & Windows Phone: Di bahagian atas skrin, pilih   > Peranti Garmin > dan ikuti arahan pada skrin.

#