vívofit 3

Sebelum Anda Bermula

  • Untuk memanfaatkan vívofit 3 anda sepenuhnya, anda harus menyediakannya dengan telefon pintar atau komputer anda.
  • Pastikan Bluetooth telah dihidupkan pada telefon pintar anda. Harap maklum bahawa proses berpasangan harus dilakukan melalui aplikasi Garmin Connect MobileTM dan bukan menggunakan tetapan Bluetooth pada telefon pintar anda.

1

Muat Turun dan Pasang

Pada telefon pintar anda, muat turun dan pasang versi terkini Garmin Connect Mobile.

Muat turun untuk iOS
Muat turun untuk Android
Muat turun untuk Windows Phone

2

Tambah Peranti

Buka Garmin Connect Mobile untuk menambahkan peranti anda dan melengkapkan proses persediaan. Jika ini peranti pertama yang dipasangkan dengan aplikasi Garmin Connect Mobile, ikut arahan pada skrin untuk mencipta akaun. Jika anda telah memasangkan peranti lain dengan aplikasi Garmin Connect Mobile, tambahkan peranti anda dengan mengikuti langkah berikut.

iOS: Pada bar tab di bahagian bawah skrin, pilih   > Peranti Garmin > dan ikut arahan pada skrin.

Android: Pada bahagian atas skrin, pilih   > Peranti Garmin > dan ikut arahan pada skrin.

Peranti anda sedia untuk digunakan apabila waktu tempatan anda dipaparkan pada vívofit 3. Garmin Connect akan mengemas kini statistik anda sewaktu penyegerakan sepanjang hari.

Anda memerlukan ANTTM Stick (disertakan bagi sesetengah produk) untuk menyediakan vívofit 3 anda pada komputer. Jika anda tiada ANT Stick, anda perlu menyediakan peranti anda menggunakan telefon pintar atau anda boleh membeli ANT Stick.

Sebelum Anda Bermula

  • Untuk memanfaatkan vívofit 3 anda sepenuhnya, anda harus menyediakannya dengan telefon pintar atau komputer anda.
  • Sebelum memasang Garmin ExpressTM, pastikan komputer anda memenuhi keperluan sistem.

1

Muat Turun dan Pasang

Pada komputer anda, muat turun versi terkini Garmin Express. Apabila muat turun selesai, klik fail untuk memasang Garmin Express pada komputer anda.

Sistem anda tidak menyokong Garmin Express.

Garmin Express memerlukan Windows atau Mac.

Untuk memuat turun Garmin Express, sila gunakan pelayar anda pada desktop.

Tablet atau peranti mudah alih yang anda gunakan tidak menyokong Garmin Express. Sila gunakan komputer yang berlainan.

Muat turun Versi Legasi

Garmin Express tidak sepadan dengan sistem pengendalian anda.

Anda mesti menaik taraf sistem pengendalian anda untuk menggunakan Garmin Express. Cara menaik taraf. Naik taraf OS anda

Garmin Express telah direka bentuk semula untuk memberikan anda pengalaman yang lebih baik. Naik taraf OS anda untuk mendapatkan versi terkini, atau untuk menggunakan versi legasi Garmin Express.

Anda mesti menaik taraf sistem pengendalian anda untuk menggunakan Garmin Express. Cara menaik taraf. Naik taraf OS anda

Keperluan Sistem


2

Pasang Masuk ANT Stick

Anda memerlukan ANT Stick (disertakan bagi sesetengah produk) untuk menyediakan vívofit 3 anda pada komputer. Jika anda tidak mempunyai ANT Stick, anda perlu menyediakan peranti anda menggunakan telefon pintar atau anda boleh membeli ANT Stick.

Buka aplikasi Garmin Express dan pasang ANT Stick pada port USB komputer anda.

3

Tambah Peranti

Pilih untuk menambahkan peranti dan ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan proses persediaan.

Peranti anda sedia untuk digunakan apabila waktu tempatan anda dipaparkan pada vívofit 3. Garmin Connect akan mengemas kini statistik anda sewaktu penyegerakan sepanjang hari.

Soalan Lazim

Bagaimanakah boleh saya menetapkan vívofit 3 dalam mod berpasangan?

Peranti anda berada dalam mod berpasangan apabila anda menghidupkannya buat kali pertama. Jika anda perlu kembali ke mod berpasangan, tekan kekunci peranti sehingga muncul.

Bagaimanakah boleh saya melihat statistik terkini saya dalam aplikasi Garmin Connect Mobile?

Anda harus menyegerakkan vívofit 3 anda dengan kerap supaya aplikasi dapat memaparkan statistik yang terkini. Untuk menyegerakkan:

  • Pastikan Bluetooth didayakan pada peranti mudah alih anda.
  • Dekatkan peranti anda dengan telefon pintar anda.
  • Buka Garmin Connect Mobile. (Aplikasi boleh dibuka atau dijalankan di latar.)
  • Tahan kekunci peranti sehingga SYNC muncul.