Mari Bermula dengan vívomove Anda

Sebelum Anda Bermula

  • Semak untuk memastikan Bluetooth telah dihidupkan pada telefon pintar anda. Berbeza dengan aksesori Bluetooth lain yang mungkin telah dipasangkan dengan telefon anda, anda akan memasangkan vívomoveTM anda menggunakan aplikasi Garmin Connect MobileTM.

1

Dapatkan Aplikasi

Pada telefon pintar anda, muat turun dan pasangkan versi terkini aplikasi Garmin Connect Mobile.

Daftar masuk ke akaun sedia ada atau cipta akaun baru kemudian ikuti arahan dalam aplikasi Garmin Connect Mobile untuk menambahkan vívomove anda.

2

Hidupkan Kuasa

Tekan dan tahan pemutar selama 3 saat untuk menghidupkan vívosmart HR+ anda. Bar langkah akan berdenyar semasa vívomove mencari telefon pintar anda.

Untuk menyediakan vívomove anda pada komputer, anda memerlukan ANTTM Stick. Jika anda tiada ANT Stick, anda perlu menyediakan peranti anda menggunakan telefon pintar atau anda boleh membeli ANT Stick.

Sebelum Anda Bermula

  • Untuk memanfaatkan vívomove anda sepenuhnya, anda harus menyediakannya dengan telefon pintar atau komputer anda.
  • Sebelum memasangkan Garmin ExpressTM, pastikan komputer anda memenuhi keperluan sistem.

1

Muat Turun dan Pasang

Pada komputer anda, muat turun versi terkini Garmin ExpressTM. Apabila muat turun selesai, klik pada fail untuk memasangkan Garmin Express pada komputer anda.

Sistem anda tidak menyokong Garmin Express.

Garmin Express memerlukan Windows atau Mac.

Untuk memuat turun Garmin Express, sila gunakan pelayar anda pada desktop.

Tablet atau peranti mudah alih yang anda gunakan tidak menyokong Garmin Express. Sila gunakan komputer yang berlainan.

Muat turun Versi Legasi

Garmin Express tidak sepadan dengan sistem pengendalian anda.

Anda mesti menaik taraf sistem pengendalian anda untuk menggunakan Garmin Express. Cara menaik taraf. Naik taraf OS anda

Garmin Express telah direka bentuk semula untuk memberikan anda pengalaman yang lebih baik. Naik taraf OS anda untuk mendapatkan versi terkini, atau untuk menggunakan versi legasi Garmin Express.

Anda mesti menaik taraf sistem pengendalian anda untuk menggunakan Garmin Express. Cara menaik taraf. Naik taraf OS anda

Keperluan Sistem


2

Pasang Masuk ANT Stick

Setelah anda memasangkan Garmin Express, masukkan ANT Stick ke dalam port USB komputer anda.

Nota: Anda tidak boleh menyegerakkan vívomove anda dengan komputer anda tanpa ANTTM Stick. Jika anda tiada ANT Stick, anda boleh menyediakan vívomove anda menggunakan telefon pintar atau anda boleh membeli ANT Stick.

3

Hidupkan Kuasa

Tekan dan tahan pemutar vívomove selama 3 saat untuk menghidupkannya. Bar langkah akan berdenyar semasa vívomove mencari ANT Stick anda.

4

Tambah Peranti

Buka Garmin Express. Pilih untuk menambahkan peranti dan ikuti arahan pada skrin untuk melengkapkan proses persediaan.

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya boleh memadamkan semua tetapan saya?

Pemulihan peranti kepada tetapan kilang lalai akan memadamkan semua maklumat anda dan sejarah aktiviti. Untuk menetapkan semula peranti sepenuhnya, tekan dan tahan pemutar vívomove selama 12 saat dan peranti akan dimatikan. Lepaskannya. Hidupkan peranti semula dengan menekan dan menahan butang selama 1 saat. Bar langkah akan berdenyar.

Bagaimanakah saya boleh mengemas kini perisian peranti saya menggunakan aplikasi Garmin Connect MobileTM?

  1. Pastikan versi terkini Garmin Connect Mobile dipasangkan pada telefon pintar anda dan vívomove anda dipasangkan dengan aplikasi.
  2. Letakkan peranti anda berdekatan (kira-kira 10 kaki), buka Garmin Connect Mobile. Jika kemas kini tersedia untuk peranti anda, kemas kini akan dipasangkan secara automatik apabila peranti anda disegerakkan.

Mengapakah saya tidak dapat mencari aplikasi Garmin Connect Mobile pada iPad saya dalam App Store?

Garmin Connect Mobile berfungsi pada tablet anda tetapi disenaraikan sebagai aplikasi iPhone. Laraskan penapis dalam App Store untuk menunjukkan aplikasi iPhone dan anda akan menemui Garmin Connect Mobile.