vívosmart HR

Sebelum Anda Bermula

  • Untuk pengalaman terbaik, cas peranti anda sepenuhnya dengan menyambungkan kabel pengecasan ke peranti anda dan memasang masuk ke dalam port USB komputer anda.

1

Hidupkan

Hidupkan peranti anda dengan menahan kekunci peranti selama satu saat.

2

Muat Turun dan Pasang

Pada telefon pintar anda, muat turun dan pasang versi terkini Garmin Connect MobileTM.

3

Pemasangan

Semasa pemasangan awal, ikuti arahan pada skrin peranti untuk memasangkannya dengan telefon pintar anda.

Jika anda tidak memasangkan peranti anda semasa persediaan awal, tekan kekunci peranti untuk melihat menu dan pilih > Memasangkan Telefon Pintar.

4

Tambah Peranti

Buka Garmin Connect Mobile untuk menambahkan peranti anda dan melengkapkan proses persediaan. Jika ini ialah peranti pertama yang dipasangkan dengan aplikasi Garmin Connect Mobile, ikuti arahan pada skrin. Jika anda telah memasangkan peranti lain dengan aplikasi Garmin Connect Mobile, tambahkan peranti anda dengan mengikuti langkah berikut.

iOS: Pada bar tab di bahagian bawah skrin, pilih   > Peranti Garmin > dan ikuti arahan pada skrin.

Android: Di bahagian atas skrin, pilih   > Peranti Garmin > dan ikuti arahan pada skrin.

Sebelum Anda Bermula

  • Untuk pengalaman terbaik, cas peranti anda sepenuhnya dengan menyambungkan kabel pengecasan ke peranti anda dan memasang masuk ke dalam port USB komputer anda.

1

Hidupkan

Hidupkan peranti anda dengan menahan kekunci peranti selama satu saat.

2

Pasang masuk

Sambung kabel pengecasan ke peranti anda dan pasang masuk ke dalam port USB komputer anda.

3

Muat Turun dan Pasang

Sebelum anda memasang Garmin ExpressTM, pastikan komputer anda memenuhi keperluan syarat.

Pada komputer anda, muat turun versi terkini Garmin ExpressTM. Apabila muat turun selesai, klik fail untuk memasang Garmin Express pada komputer anda.

Sistem anda tidak menyokong Garmin Express.

Garmin Express memerlukan Windows atau Mac.

Untuk memuat turun Garmin Express, sila gunakan pelayar anda pada desktop.

Tablet atau peranti mudah alih yang anda gunakan tidak menyokong Garmin Express. Sila gunakan komputer yang berlainan.

Muat turun Versi Legasi

Garmin Express tidak sepadan dengan sistem pengendalian anda.

Anda mesti menaik taraf sistem pengendalian anda untuk menggunakan Garmin Express. Cara menaik taraf. Naik taraf OS anda

Garmin Express telah direka bentuk semula untuk memberikan anda pengalaman yang lebih baik. Naik taraf OS anda untuk mendapatkan versi terkini, atau untuk menggunakan versi legasi Garmin Express.

Anda mesti menaik taraf sistem pengendalian anda untuk menggunakan Garmin Express. Cara menaik taraf. Naik taraf OS anda

Keperluan Sistem


4

Tambah Peranti

Buka Garmin Express. Pilih untuk menambahkan peranti dan ikuti arahan pada skrin untuk melengkapkan proses persediaan.

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya boleh menetapkan semula peranti saya?

Jika peranti anda berhenti memberikan respons, anda mungkin perlu menetapkan semulanya. Data atau tetapan anda tidak akan dipadamkan.

Tahan kekunci peranti selama 10 saat. Peranti akan dimatikan. Tahan kekunci peranti selama satu saat untuk menghidupkan peranti.

Bagaimanakah saya boleh memulihkan semua tetapan lalai?

Ada boleh memulihkan semua tetapan peranti kepada nilai lalai kilang.

PERHATIAN: Semua maklumat yang dimasukkan oleh pengguna dan sejarah aktiviti akan dipadamkan.

  1. Tekan kekunci peranti untuk melihat menu.
  2. Select > Pulihkan Lalai > .

Bagaimanakah saya boleh mengemas kini perisian peranti saya menggunakan Garmin Connect MobileTM?

Untuk mengemas kini perisian peranti anda menggunakan Garmin Connect Mobile, peranti anda perlu disediakan dan dipasangkan dengan aplikasi. Letakkan peranti anda dalam lingkungan 3 m (10 kaki) daripada telefon pintar anda dan ikuti langkah persediaan mudah alih untuk bermula.

Kenapa saya tidak dapat mencari aplikasi Garmin Connect Mobile pada iPad saya dalam App Store?

Garmin Connect Mobile berfungsi pada tablet anda, tetapi ia disenaraikan sebagai aplikasi iPhone. Selaraskan penapis dalam App Store untuk menunjukkan aplikasi iPhone dan anda akan menemui Garmin Connect Mobile.