Mari Bermula dengan vívosmart HR+ Anda

1

Dapatkan Aplikasi

Pada telefon pintar anda, muat turun dan pasangkan versi terkini aplikasi Garmin Connect Mobile™.

Daftar masuk ke akaun sedia ada anda atau cipta akaun baru kemudian ikuti arahan dalam aplikasi Garmin Connect Mobile untuk menambahkan vívosmart® HR+.

2

Hidupkan Kuasa

Tekan dan tahan butang selama 1 saat untuk menghidupkan vívosmart HR+ anda. Ikuti arahan pada skrin untuk memasangkannya dengan telefon pintar anda. Anda akan memilih bahasa anda kemudian memilih “Ya" apabila ditanya "Pasangkan Peranti Mudah Alih?TM

1

Pasang Masuk

Sambung kabel pengecasan ke peranti anda dan pasang masuk ke port USB komputer anda. Peranti vívosmart® HR+ anda akan dihidupkan dan memaparkan beberapa soalan pada skrin.

  • Pilih bahasa anda.
  • Jawab “Tidak” apabila ditanya “Pasangkan Peranti Mudah Alih?”
  • Jawab soalan maklumat pengguna.

2

Muat Turun dan Pasang

Pastikan komputer anda memenuhi keperluan sistem Garmin ExpressTM.

Pada komputer anda, muat turun versi terkini Garmin ExpressTM. Apabila muat turun selesai, klik pada fail untuk memasangkan Garmin Express pada komputer anda.

Sistem anda tidak menyokong Garmin Express.

Garmin Express memerlukan Windows atau Mac.

Untuk memuat turun Garmin Express, sila gunakan pelayar anda pada desktop.

Tablet atau peranti mudah alih yang anda gunakan tidak menyokong Garmin Express. Sila gunakan komputer yang berlainan.

Muat turun Versi Legasi

Garmin Express tidak sepadan dengan sistem pengendalian anda.

Anda mesti menaik taraf sistem pengendalian anda untuk menggunakan Garmin Express. Cara menaik taraf. Naik taraf OS anda

Garmin Express telah direka bentuk semula untuk memberikan anda pengalaman yang lebih baik. Naik taraf OS anda untuk mendapatkan versi terkini, atau untuk menggunakan versi legasi Garmin Express.

Anda mesti menaik taraf sistem pengendalian anda untuk menggunakan Garmin Express. Cara menaik taraf. Naik taraf OS anda

Keperluan Sistem

3

Tambah Peranti

Buka Garmin Express. Pilih untuk menambahkan peranti dan ikuti arahan pada skrin untuk melengkapkan proses persediaan.

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya boleh menetapkan semula peranti saya?

Jika vívosmart® HR+ berhenti memberikan respons, anda mungkin perlu menetapkan semulanya. Tindakan ini tidak akan memadamkan mana-mana data atau tetapan anda.

Tekan dan tahan butang selama 10 saat dan peranti akan dimatikan. Lepaskannya. Hidupkan peranti semula dengan menekan dan menahan butang selama 1 saat.

Bagaimanakah saya boleh memadamkan semua tetapan saya?

Pemulihan peranti kepada tetapan kilang lalai akan memadamkan semua maklumat anda dan sejarah aktiviti.

  1. Tekan butang untuk melihat menu.
  2. Pilih  > Pulihkan Lalai .

Bagaimanakah saya boleh mengemas kini perisian peranti saya menggunakan aplikasi Garmin Connect MobileTM?

Untuk mengemas kini perisian peranti anda, vívosmart HR+ anda perlu disediakan dan dipasangkan dengan Garmin Connect Mobile.

  1. Pastikan versi terkini Garmin Connect Mobile dipasangkan pada telefon pintar anda dan vívosmart HR+ anda dipasangkan dengan aplikasi.
  2. Letakkan peranti anda berdekatan (kira-kira 10 kaki), buka Garmin Connect Mobile. Jika kemas kini tersedia untuk peranti anda, kemas kini akan dipasangkan secara automatik apabila peranti anda disegerakkan.

Mengapakah saya tidak dapat mencari aplikasi Garmin Connect Mobile pada iPad saya dalam App Store?

Garmin Connect Mobile berfungsi pada tablet anda tetapi disenaraikan sebagai aplikasi iPhone. Laraskan penapis dalam App Store untuk menunjukkan aplikasi iPhone dan anda akan menemui Garmin Connect Mobile.

Bagaimana jika saya sudah menggunakan Garmin Connect Mobile dan ingin menambahkan vívosmart HR+ saya?

Jika anda telah memasangkan peranti lain dengan aplikasi Garmin Connect Mobile, tambahkan peranti anda dengan mengikuti langkah berikut.

iOS: Pada bar tab di bahagian bawah skrin, pilih   > Peranti Garmin > dan ikuti arahan pada skrin.

Android & Windows Phone: Pada bahagian atas skrin, pilih   > Peranti Garmin > dan ikuti arahan pada skrin.

#